11 April 2008

Sabotaj dalam pilihan raya

PRESIDEN Umno, YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini menyatakan bahawa salah satu punca kegagalan Barisan Nasional (BN) memperoleh 2/3 majoriti pada pilihan raya umum lalu adalah kerana ada ahli UMNO yang telah mensabotaj pilihan raya tersebut. Justeru, parti akan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang terbabit. Dalam hal ini saya menyokong penuh tindakan terhadap para pembelot ini tetapi perlulah berdasarkan bukti-bukti yang jelas dan kukuh.

Di Melaka, saya sendiri ada mendengar khabar bahawa ada sesetengah pihak turut melakukan sabotaj pada pilihan raya lalu. Bagaimanapun saya belum menerima sebarang laporan bertulis mengenai hal ini. Jadi jika benar ada kes-kes sabotaj di negeri ini, saya harap ada laporan bertulis dihantar kepada UMNO negeri untuk disiasat. Jika ia didapati benar, laporan ini akan diperpanjangkan kepada UMNO Pusat untuk diambil tindakan tata tertib sewajarnya. Saya sangat berharap laporan ini dapat diterima segera.

Pada masa kini saya hanya menerima laporan dalam bentuk lisan. Ada orang mengatakan si polan, si polan tetapi bukti yang jelas seperti gambar atau saksi tidak ada. Ia perlu ada saksi dan saksi ini akan dipanggil untuk disemak. Sehingga kini belum ada sesiapa yang tampil ke depan. Jika mereka kata adanya kes sabotaj, mereka perlu tampil dengan buktinya sekali. Mereka perlu memaklumkan kepada jawatankuasa BN negeri atau parti-parti komponen di peringkat cawangan, bahagian dan negeri. Kita juga akan membawanya ke peringkat Pusat.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada sebarang laporan.

(Dipetik dari: mohdalirustam.wordpress.com)

9 comments:

ahlir said...

Pak ali,

Kalau dah kalah jangan salahkan orang lain. Itu adalah kehendak Allah yang Maha Esa. Kamu merancang, tapi Allah yang tentukannya. Jangan fikir kamu akan sentiasa berada di atas. Tak mustahil kamu akan berada di bawah pada PRU yang ke-13 nanti.

Perancangan Allah lebih hebat daripada perancangan kita. Maka fikirkanlah...

anakcebong said...

tok ali......

jom lah tobat,umur kau pun dah masuk setengah abadkan???

apakata setiap ahad kau dtg masjid kg bkt kecil,paya dalam.ada kuliah subuh disampaikan oleh ustaz ansar........sesuai untuk semua peringkat umur tau.satu lagi si daniella ni org umno mana haaa????bkt kidul tu bkt duriankan????? cayalah jawa sekarang dah celik IT.

Hasbullah Pit said...

Profesor klon (tuan rumah)

Baca ni...

http://sebolku.blogspot.com/2008/04/klon-bagi-blog-ali-rustam.html

tumpang lalu said...

i surely agree with "ahlir"..

klau dah kalah tu terima la kenyataan. Ini smua Qada` dan Qadar.. ketentuan Ilahi..

Kalau btul pn ada yg sabotaj, ini sbb org dah muak dgn pnipuan dlm kepmpinan BN/UMNO. Org2 dlm BN pn rakyat Malaysia gk.. diorg nk perubahan. Perubahan yg mendatangkan kbaikan dan keuntungan pd smua pihak.

Apa yg BN bg slama ni? Harga barang naik.. Harga minyak naik.. Harga tol pn naik gk.. Apa lg nk naik?

skang ni org plak naik.. org naik minyak, n smua telah buktikan dlm PRU12. 5 negeri utk pakatan rakyat.

Renung2kan lah Dato'...

Aketam said...

Siapa yg sabotaj siapa....Terima aje Qada dan Qadar.itu menunjukan rakyat sudah mula sedar yg pemimpin BN hanya mementingkan kekayaan dari nak berbakti kepada rakyat

Anonymous said...

Dato Ali
Tahniah kerana ada orang sanggup membantu Dato membuat klon blog agar tak ada blog Dato yang kononnya kena "hack". Saya akan canangkan blog ni kepada orang Melaka utamanya.

PRU Taman Tun Rahah

gagakhitam said...

SALAM....

INI ADALAH BLOG TIRUAN.USAH TERPEDAYA.CARILAH YANG ASLI DAN ORI..KALU NAK BAGI KOMEN PADA DATUK ALI DAN YB2 KAWASAN PERGILAH KE BARISANMELAKA.BLOGSPOT.COM.TIDAK PERLULAH KITA BERMAKI MAKIAN PADA BLOG YANG HANYA MEMPERBODOHKAN KITA...NI SEMUA ORANG YANG XDE KEJA,NYUSAHKAN HIDUP ORANG JE.KECIK2 XNAK MAMPUS.

INGAT SEGALA CADANGAN DAN PENDAPAT HARUSLAH DI SAMPAIKAN KEPADA PIHAK YANG BENAR...

SEGALA YANG ORI HANYALAH PADA barisanmelaka.blogspot.com

OKEY...COWCINCAW3

gagakhitam said...

---> TO SEBOL...

MUKA HANG MEMANG KELAKAR...TAK HENSEM LANGSUNG...HAHAHA TAK YAH TAYANG MUKA LAH...TAK HENSEM HUDOH

fateler said...

hai lah wahai km melaka yg bijaksana..
hang kan dah kalah di dun hang..hang menang undi pos jerr..hang byk duit bolehlah..kami rakyat mana ada duit mcm hang..nk dpt percen lglah..he..hee