23 April 2008

Blog Tiruan

Dimaklumkan bahawa blog rasmi pada masa ini hanyalah di http://mohdalirustam.blogspot.com/ web blog lain adalah tiruan dan tidak mempunyai maklumat yang betul. Harap pembaca tidak merujuk web blog yang diwujudkan dengan niat negatif.

22 April 2008

Kah Choon pentingkan diri

TINDAKAN Bekas Timbalan Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Lee Kah Choon untuk menerima pelantikan sebagai Pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dan Pengerusi InvestPenang dalam kerajaan negeri yang diterajui DAP menunjukkan beliau seorang yang optunis.

Di saat parti di dalam keadaan susah, Kah Choon sewajarnya membantu parti dan bukannya menangguk di air yang keroh dengan keputusannya meletakkan semua jawatan dalam parti hujung bulan lalu dan menerima pelantikan ini.

Sebagai ahli parti Gerakan dan pada masa yang sama berkhidmat dengan kerajaan pimpinan DAP, seumpama hidup dalam dua alam. Perbuatan ini melanggar disiplin parti dan orang seperti ini patut dipecat dari parti.

Demokrasi dalam pemilihan

ADALAH menjadi satu perkara biasa untuk mana-mana ahli UMNO menawarkan diri untuk pemilihan dalam jawatankuasa parti. Rakyat harus bersifat receptive apabila seseorang pemimpin UMNO menyatakan hasrat mereka untuk menandingi jawatan lebih tinggi pada pemilihan parti pada Disember ini.

Ketua Pemuda UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempunyai hak untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden disember ini kerana UMNO sentiasa mengamalkan demokrasi dalam pemilihan.

20 April 2008

Perjumpaan UMNO Negeri Melaka dengan YAB Perdana Menteri

Perjumpaan antara jawatankuasa perhubungan UMNO negeri Melaka dan jawatankuasa UMNO bahagian-bahagian seluruh negeri Melaka dengan YAB PM pada minum pagi 20 April 2008 di Sri Bendahara Melaka, UMNO Melaka telah menyatakan sokongan penuh kepada YAB Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri dan juga kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri. Berkenaan peralihan kuasa, UMNO Melaka menyerahkan kepada kebijaksanaan YAB Perdana Menteri untuk memutuskannya setelah berbincang dengan YAB Timbalan Perdana Menteri. Cara mana dan masa mana yang sesuai terpulanglah kepada kebijaksanaan YAB Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dalam semangat muafakat mengikut budaya UMNO demi kebaikan parti dan negara. Tidak perlu mengugut, mendesak ataupun menolak.

11 April 2008

Ladang ternakan babi hadiah pilihan raya

TAHNIAH kepada kerajaan Selangor kerana meluluskan cadangan untuk membina ladang ternakan babi bernilai RM100 juta di Sepang. Sesungguhnya usaha yang dilakukan oleh kerajaan baru gabungan PKR, DAP dan Pas ini adalah sebagai hadiah kepada para pengundi yang menyokong parti mereka, termasuk para pengundi beragama Islam pada pilihan raya umum lalu.

Isu babi telah lama menjadi masalah di negeri Melaka dan kerajaan negeri sentiasa bersikap bahawa ternakan babi hanyalah untuk keperluan dalam negeri dan bukannya untuk tujuan eksport. Oleh sebab itu, kerajaan Melaka sentiasa memastikan jumlah ternakan tidak melebihi had yang telah ditetapkan iaitu antara 45,000 hingga 60,000 ekor sahaja. Manakala kawasan ternakan yang dibenarkan hanyalah di kampung Paya Mengkuang, Masjid Tanah.

Bagaimanapun, ada sesetengah pihak yang bersikap degil dan terus menternak babi di luar kawasan Paya Mengkuang manakala jumlahnya sehingga mencapai ratusan ribu ekor yang menyebabkan berlakunya pencemaran air dan udara di kawasan berkenaan. Hal ini sudah pasti tidak disenangi oleh kaum Melayu yang tinggal di kawasan tersebut sejak sekian lama. Oleh sebab itu, pada tahun lalu kerajaan negeri telah mengadakan usaha untuk mengurangkan kandang babi yang tidak memenuhi syarat. Walaupun pada awalnya ia mendapat bantahan di kalangan pengusaha, namun hasil pemuafakatan yang tebal dan sebati dalam kerajaan BN, maka ia berjaya diselesaikan menjelang pilihan raya umum lalu.

Usaha kerajaan Selangor membina ladang ternakan babi di Sepang itu boleh dianggap sebagai satu lagi projek mega di negeri itu setanding dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Litar F1 kedua-duanya juga di Sepang. Kedua-dua projek mega tersebut berjaya memberikan keuntungan berjuta-juta ringgit kepada kerajaan Selangor sebelum ini, maka selepas ini keuntungan juga boleh diraih melalui hasil ternakan babi.

Biar apa sekalipun, babi adalah binatang yang dikategorikan sebagai najis berat (mughallazah) kepada orang Islam dan ia haram bagi orang Islam untuk menyentuh apalagi untuk memakannya. Oleh sebab itu, langkah untuk membina ladang babi itu perlu dilihat dari aspek kesannya kepada umat Islam yang tinggal di kawasan berkenaan. Keadaan ini juga dirasai oleh penduduk-penduduk di Kuala Sungai Baru di Melaka. Oleh seba itu, kerajaan Melaka telah berusaha untuk mengurangkan jumlahnya bagi mengatasi masalah itu.

Saya cukup kecewa dengan sikap para pemimpin Pas yang menganggotai mesyuarat exco kerajaan negeri Selangor yang turut bersetuju dan merelakan pembinaan ladang ternakan babi terbesar itu di negeri mereka, padahal mereka sebelum ini begitu lantang mengkritik saya berhubung isu babi di Melaka, walaupun kerajaan negeri sudah pun berusaha untuk mengurangkannya. Harus diingat bahawa sejak saya memimpin negeri ini, kita telah berjaya menutuo dua ladang ternakan babi iaitu di Jasin dan Melaka Tengah.

Tetapi apabila cadangan untuk membina ladang ternakan babi terbesar di negeri mereka, Pas tanpa segan silu turut menyokong cadangan tersebut. Tindakan para pemimpin Pas di dalam kerajaan Selangor juga telah "menghalalkan" perkara yang haram malah tanpa merasa bimbang akan pencemaran dan jangkitan penyakit yang boleh dibawa oleh babi kepada manusia, khususnya di kawasan terbabit. Ingatlah bahawa ladang yang akan dibangunkan itu adalah di kawasan majoriti didiami orang Melayu dan jika mereka benar-benar mahu membina ladang ternakan babi, buatlah di kawasan majoriti penduduknya terdiri dari kaum Cina.

Rakyat Selangor kini bergembira kerana bakal menerima hadiah pilihan raya yang begitu tinggi nilainya hasil sokongan mereka kepada parti mereka pada pilihan raya lalu.

Sabotaj dalam pilihan raya

PRESIDEN Umno, YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini menyatakan bahawa salah satu punca kegagalan Barisan Nasional (BN) memperoleh 2/3 majoriti pada pilihan raya umum lalu adalah kerana ada ahli UMNO yang telah mensabotaj pilihan raya tersebut. Justeru, parti akan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang terbabit. Dalam hal ini saya menyokong penuh tindakan terhadap para pembelot ini tetapi perlulah berdasarkan bukti-bukti yang jelas dan kukuh.

Di Melaka, saya sendiri ada mendengar khabar bahawa ada sesetengah pihak turut melakukan sabotaj pada pilihan raya lalu. Bagaimanapun saya belum menerima sebarang laporan bertulis mengenai hal ini. Jadi jika benar ada kes-kes sabotaj di negeri ini, saya harap ada laporan bertulis dihantar kepada UMNO negeri untuk disiasat. Jika ia didapati benar, laporan ini akan diperpanjangkan kepada UMNO Pusat untuk diambil tindakan tata tertib sewajarnya. Saya sangat berharap laporan ini dapat diterima segera.

Pada masa kini saya hanya menerima laporan dalam bentuk lisan. Ada orang mengatakan si polan, si polan tetapi bukti yang jelas seperti gambar atau saksi tidak ada. Ia perlu ada saksi dan saksi ini akan dipanggil untuk disemak. Sehingga kini belum ada sesiapa yang tampil ke depan. Jika mereka kata adanya kes sabotaj, mereka perlu tampil dengan buktinya sekali. Mereka perlu memaklumkan kepada jawatankuasa BN negeri atau parti-parti komponen di peringkat cawangan, bahagian dan negeri. Kita juga akan membawanya ke peringkat Pusat.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada sebarang laporan.

(Dipetik dari: mohdalirustam.wordpress.com)

Pengantin lama, pengantin baru

BEBERAPA hari lepas kerajaan Selangor dan Perak menonjolkan ‘keprihatinan’ mereka dengan mengumumkan pemberian bantuan kepada rakyatnya. Di Perak misalnya, kerajaan negeri bercadang mahu menaikkan sewa tanah bagi kampung-kampung baru di negeri itu.

Tetapi mereka lupa bahawa semua yang dilakukan itu sudah dilaksanakan oleh kerajaan BN. Di Melaka sendiri, perkara tersebut sudah lama dilaksanakan iaitu semenjak saya mengambil alih sebagai Ketua Menteri. Jika dahulu lease tanah ialah 30 atau 60 tahun, tetapi kini semuanya 99 tahun. Saya sudah mengambil tindakan lebih awal.

Begitu juga dengan langkah kerajaan Perak yang membayar RM1 untuk rumah ibadah, juga sudah dilaksanakan di Melaka iaitu selepas pilihan raya umum 2004 lalu. Apa yang mereka buat semuanya BN sudah lakukan. Cuma kerajaan baru, jadi mereka baru hendak sebut. Macam pengantin baru, kita pengantin lama buat seperti itu juga, cuma pengantin lama orang tidak peduli.

Begitu juga dengan rungutan guru agama. Saya percaya guru agama di Melaka adalah yang terbaik di Malaysia. Gaji mereka dari RM1,089 hingga RM2000. Di Pulau Pinang mereka mendapat RM500 dan kerajaan baru menambahRM50 lagi. Apa ada pada RM50 sedangkan di Melaka sudah membuat penambahan sejak 3-4 tahun lalu. Rakyat tidak tahu sebab itu tidak ditayangkan di dalam TV.

Oleh sebab Lim Guan Eng pengantin baru, maka dia bagi RM50 pun boleh keluar TV. Tetapi RM500 ditambah RM50 baru RM550. Sedangkan di Melaka, guru agama yang serupa mendapat RM1,089 hingga RM2000. Kalau kelulusan SPM tetapi tidak mendapat sijil penuh kerana gagal dalam Bahasa Malaysia, mereka masih mendapat RM750, jauh lebih baik dari guru agama yang Guan Eng naikkan RM50 ataupun di Kelantan yang diperintah Pas sejak beberapa tahun lalu, yang elaun guru agamanya hanya RM500.

Tetapi itu semua tidak keluar TV sebab saya pengantin lama tetapi pengantin baru, naik RM50 pun keluar TV. Kalau itu semua ditayangkan, mana lebih baik sama ada BN di Melaka, Pas di Kelantan atau DAP di Pulau Pinang yang baru sebulan tubuh kerajaan.

Inilah nasib pengantin lama…

(Dipetik dari: mohdalirustam.wordpress.com)

Masa untuk bertindak bukan bercakap

PERBINCANGAN rakyat kini masih lagi soal-soal politik sedangkan pilihan raya umum sudah hampir sebulan berlalu. Sepatutnya isu-isu seperti spekulasi peletakan jawatan YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri tidak timbul kerana beliau masih mendapat kepercayaan daripada parti dan barisan kabinet. Saya berharap spekulasi seperti ini patut dihentikan kerana ia akan menyebabkan suasana tidak stabil kepada ekonomi negara. Mungkin pelabur hilang keyakinan dna ini tidak elok kepada negara.

Sekarang ini apa yang perlu dilakukan ialah memperkukuhkan parti dan kerajaan dengan mengambil kira pandangan-pandangan akar umbi berhubung sebab-sebab kita hilang banyak kerusi sama ada di peringkat Parlimen mahupun negeri. Kelemahan-kelemahan ini patut diperbaiki dengan segera daripada pucuk pimpinan sampailah ke akar umbi. Rakyat ingin melihat apakah tindakan pemulihan yang akan dilakukan kerana pandangan telah disuarakan, daripada isu politik, ekonomi, kos sara hidup dan masalah sosial, keagamaan, masalah blogger dan sebagainya.

Rakyat ini melihat pembaikan yang telah dilakukan oleh kerajaan. Ini yang poatut dilakukan sekarang. Tetapi setakat ini masih belum nampak tindakan yang jelas telah diambil sama oleh kerajaan dan parti. Rakyat jelata mahu melihat bahawa kerajaan sudah mula memberi respon terhadap apa yang mereka protes dalam pilihan raya. Sebab itu kerajaan perlu mengambil tindakan segera.

Katakan dari segi sara hidup, jelas rakyat rasa tidak berpuas hati dengan kos hidup yang tinggi. Saya berpendapat kerajaan perlu mengambil langkah, mungkin menambah bantuan kepada rakyat miskin dengan segera kerana mereka amat merasai keadaan kos sara hidup yang semakin tinggi sekarang. Kalau mereka ini selama ini menerima bantuan beberapa ratus ringgit, ia patut ditambah dengan segera. Begitu juga dengan pekerja-pekerja industri, yang ada rungutan pendapatan mereka rendah. Jadi yang ini juga perlu diberi perhatian. Kerajaan perlu address segera supaya pendapatan mereka dapat dipertingkatkan. Jika ini diambil tindakan segera, ia akan menampak kita memberi respon terhadap reaksi rakyat yang telah disuarakan melalui sistem peti undi dalam pilihan raya.

Namun setakat ini belum nampak apa jua tindakan oleh kerajaan. Oleh sebab itu, rakyat masih berkisar hal-hal berkenaan pertandingan dalam parti. Sedangkan tindakan untuk address rakyat belum diambil. Action seen to be taken! Pilihan raya telah hampir 3 minggu berlalu dan beberapa hari lagi genap sebulan. Diharapkan dalam tempoh sebulan ini tindakan patut diambi. Jika tindakan respon rakyat ini diambil, saya fikir rakyat akan mengalih perhatian dengan membincangkan tentang tindakan-tindakan tersebut. Itulah pandangan saya.

Masalah ekonomi, kos sara hidup masih tidak ada penyelesiaan. Jika kita sebut soal keselamatan, apakah tindakan kita untuk mengurangkan masalah keselamatan sekarang. Kita katakan ambil bilangan polis lebih ramai, rakyat kena tahu bilangan polis yang diambil. 2,000 orang polis baru misalnya dengan Melaka mendapat 500 orang. Begitu juga bagi Perak, Johor dan lain-lain negeri.

Tunjukkan bahawa anggota ini mula berlatih, para peronda pula muala bergerak dan tindakan-tindakan menubuhkan Rukun Tetangga di sana-sini perlu dilakukan. Jadi dengan ini, kehendak rakyat diberi respon. Rakyat nampak oh kerajaan sudah mengambil tindakan. Sekarang ini semua pihak bercakap “akan ambil tindakan” tetapi tindakan itu belum bermula, belum kelihatan.

Kabinet perlu memulakan tindakan aktif dalam semua perkara yang dibincang dan ditunjukkan oleh rakyat dan keresahan mereka pada pilihan raya umum lalu. Saya percaya semua pihak kini sudah ada laporan, jadi tindakan perlu diambil segera. Kini bukan masa untuk mengkaji sebab pilihan raya sudah hampir sebulan berlalu.

Jadi, fikir-fikirkan lah. Bertindak segera!

(Dipetik dari: mohdalirustam.wordpress.com)

Harap maaf!

SAYA memohon maaf kepada semua pembaca sebab blog ini tidak dapat dikemaskini sejak beberapa hari lalu ekoran masalah teknikal yang berlaku. Sehubungan dengan itu saya telah memasukkan bahan-bahan terbaru melalui blog pendua saya iaitu di alamat: http://mohdalirustam.wordpress.com.
Bagaimanapun, mulai hari ini saya akan mengemaskini kedua-dua blog saya untuk memudahkan semua pihak membaca blog saya. Harap Maaf!

02 April 2008

Pakatan Rakyat... Untuk apa?

PAKATAN Rakyat yang dibentuk oleh PKR, DAP dan Pas hanyalah satu gimik politik untuk mengaburi mata rakyat kerana mereka cuba meniru konsep BN. Mereka sebenarnya tidak berkeupayaan untuk mentadbir negeri apatah lagi negara. Oleh itu rakyat jangan mudah terpengaruh dengan tipu helah permainan politik mereka.

Pembangkang dilihat terdesak untuk menunaikan janji-janji manis mereka ketika berkempen pada pilihan raya umum lalu. Dengan ini jelas membuktikan pembangkang ketandusan idea untuk mentadbir dan memimpin rakyat dan negara.

Mereka juga seolah-olah tidak percaya dengan pakatan Barisan Alternatif yang dibentuk sebelum ini. Mereka juga tidak yakin dengan apa yang telah diputuskan masa lalu tentang BA.

Kalau betul-betul mereka sepakat, bentuklah dan daftarlah sebagai satu parti yang menggabungkan ketiga-tiga parti ini. Saya cabar mereka! Kita lihat sama ada mereka boleh bekerja sama atau tidak.

Mereka sebenarnya tidak berani untuk berterus terang tentang kerjasama mereka kerana mereka sebenarnya tidak sehaluan. Pas tetap mengatakan DAP sebagai seterunya dan DAP pula masih tidak senang dengan Pas yang memperjuangkan Islam dan hukum hudud. Tapi mereka mahu bekerjasama.

Bagi saya, saya tidak nampak mereka boleh sehaluan dalam jangka panjang. Pas perlu mencari jalan supaya ahli-ahlinya bersetuju untuk menggugurkan perkataan Islam di dalam slogan "Membangun Bersama Islam" dan DAP juga perlu menunggu sehingga ahli-ahlinya boleh menerima perjuangan Pas. Apakah mereka sanggup menggadai fahaman masing-masing demi pakatan ini? Saya rasa tidak mungkin.

Jadi pakatan tersebut hanyalah pakatan yang tidak akan membawa makna apa-apa kepada rakyat. Janganlah mudah tertipu.

01 April 2008

Kembalilah ke perjuangan asal

SAYA memandang serius berbagai hujah yang disampaikan oleh semua lapisan di dalam UMNO kebelakangan ini. Ini menunjukkan kita semua memang sayangkan UMNO dan tidak mahu melihat berlaku kacau-bilau di dalam parti.

Saya ingin menasihatkan semua ahli, daripada asyik berbincang soal menghapuskan kuota pencalonan, adalah lebih baik sekiranya kita memberi tumpuan sepenuh masa untuk bertemu dan berkhidmat untuk rakyat bagi memastikan UMNO terus relevan. Saya khuatir ketika kita sibuk berbincang soal kemelut dalaman parti, rakyat akan jemu dan kecewa dengan kita dan akhirnya kita kehilangan kuasa. Jika ini berlaku, semuanya tidak akan bermakna lagi!

Jadi saya berharap semua barisan UMNO agar kembali ke perjuangan asal bagi mendapatkan sokongan rakyat dan merapatkan barisan. Itu yang paling penting. Kita perlu sentiasa berwaspada dan jangan membuang masa dengan berbincang perkara yang tidak menguntungkan. Kita tidak mahu menang sorak tapi kampung tergadai kerana pada masa itu, semuanya sudah terlambat.

Dalam soal menghapuskan kuota ini, sekiranya itulah kehendak semua ahli di peringkat akar umbi, mereka boleh menghantar memorandum! UMNO merupakan parti berdisiplin. Jika ada pandangan kita patut mengikut saluran parti bagi mengelak timbulnya kekeliruan. Sekiranya ini kehendak majoriti ahli, kita bersedia membuat pindaan dan mencari satu rumusan paling baik untuk parti.

Dengan ini saya menyeru semua ahli agar bekerja dari sekarang dan kembali ke pangkuan rakyat, dengar dan fahami apa masalah mereka. Ingatlah kita perlu sentiasa memberi khidmat kepada rakyat. Sekiranya orang menegur kita, terimalah dengan hati yang terbuka dan jika perlu, buatlah pengubahsuaian terhadap tindakan kita. Fikirlah jalan yang paling sesuai. Kini UMNO perlu mencari pendekatan praktikal dan berkesan bagi menarik sokongan rakyat.

Harus diingat, UMNO dan Barisan Nasional perlu dipertahankan sebagai kuasa pemerintah negara ini. Kita tidak mahu kehilangan kuasa di beberapa negeri berulang lagi pada masa depan. Ambillah ini sebagai satu pengajaran paling besar dan kesusahan ini perlulah dipikul bersama.

Letter to Geert Wilders

AS the President of the World Assembly of Youth (WAY), President of Gerakan Belia 4B Malaysia (4B) and President of Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), I wish to send out a strong message of protest towards the irresponsible release of the short film Fitna by Dutch film maker, Geert Wilders.

The 110 member countries of WAY, the members of 4B and DMDI are unanimous in recording their feelings of disappointment, disapproval and disgust towards the uncivilized, thoughtless and obstinate action by Geert Wilders in releasing his film, Fitna, which is defamatory and a wholly inaccurate portrayal of Islam despite protests from the international Muslim community.

We are outraged that Geert Wilders has persisted in releasing his film without permission and regard for Muslims and respect for the Holy Quran. Geert Wilders may defend the release of his film as freedom of expression. We strongly assert that Muslims will not and cannot tolerate such abuse towards Islam and such wanton disregard for the feelings of Muslims worldwide.

We further assert that there must be mutual respect, sensitivity and understanding between different religions and Geert Wilders’ irresponsible act clearly does nothing to propagate that. On the contrary, his act has succeeded in creating feelings of hatred and animosity among Muslims towards Western countries.

We immediately demand an apology from Geert Wilders on behalf of all Muslims.