02 April 2008

Pakatan Rakyat... Untuk apa?

PAKATAN Rakyat yang dibentuk oleh PKR, DAP dan Pas hanyalah satu gimik politik untuk mengaburi mata rakyat kerana mereka cuba meniru konsep BN. Mereka sebenarnya tidak berkeupayaan untuk mentadbir negeri apatah lagi negara. Oleh itu rakyat jangan mudah terpengaruh dengan tipu helah permainan politik mereka.

Pembangkang dilihat terdesak untuk menunaikan janji-janji manis mereka ketika berkempen pada pilihan raya umum lalu. Dengan ini jelas membuktikan pembangkang ketandusan idea untuk mentadbir dan memimpin rakyat dan negara.

Mereka juga seolah-olah tidak percaya dengan pakatan Barisan Alternatif yang dibentuk sebelum ini. Mereka juga tidak yakin dengan apa yang telah diputuskan masa lalu tentang BA.

Kalau betul-betul mereka sepakat, bentuklah dan daftarlah sebagai satu parti yang menggabungkan ketiga-tiga parti ini. Saya cabar mereka! Kita lihat sama ada mereka boleh bekerja sama atau tidak.

Mereka sebenarnya tidak berani untuk berterus terang tentang kerjasama mereka kerana mereka sebenarnya tidak sehaluan. Pas tetap mengatakan DAP sebagai seterunya dan DAP pula masih tidak senang dengan Pas yang memperjuangkan Islam dan hukum hudud. Tapi mereka mahu bekerjasama.

Bagi saya, saya tidak nampak mereka boleh sehaluan dalam jangka panjang. Pas perlu mencari jalan supaya ahli-ahlinya bersetuju untuk menggugurkan perkataan Islam di dalam slogan "Membangun Bersama Islam" dan DAP juga perlu menunggu sehingga ahli-ahlinya boleh menerima perjuangan Pas. Apakah mereka sanggup menggadai fahaman masing-masing demi pakatan ini? Saya rasa tidak mungkin.

Jadi pakatan tersebut hanyalah pakatan yang tidak akan membawa makna apa-apa kepada rakyat. Janganlah mudah tertipu.

7 comments:

tumpang lalu said...

Barisan Nasional dalam dilema,
Berada di penghujung hayat;
Cari yg baru ganti yg lama,
Pakatan Rakyat utk rakyat..

Penduga said...

kita rakyat tahu untuk apa pangkatan rakyat tapi yg nyata dia bukan untuk mohd ali rustam..

ramlisamsam said...

encik mohd ali rustam untuk tokeh2 babi je...

anakorangsusah said...

kami perlukan pakatan rakyat - kami mmg memerlukan pakatan rakyat dan kami sangat memerlukan pakatan rakyat
kerana.

1) Syukur la sebab kami dpt air free utk beberapa gelen, kalau pun x dapat air free 5 tahun

2) syukur la ada pemimpin yang x geli tangan spt PKR yang jenguk kami dan salam tgn kami yg mmg org susah.

3) Kami x tahu apa itu KDNK, inflasi..bla..bla. yang kami tahu harga minyak naik..maka harga barg runcit pun naik. Gaji kami rm900 x cukup utk menanggung beban. Kamu org UMNO - gaji besar, duit byk , makan free kalu ada even (hari-hari). Kami apa ada??

Saya akan pastikan diri saya, bini saya., anakcucu saya akan pangkah pakatanrakyat selagi BN masih dgn sikap salahkan rakyat sebab pangkah pakatan rakyat. Puncanya tepuk dada tanya iman.

Unknown said...

What has BN done? Filling your belly's and bank's. Where else PAKATAN had become rakyat's saviour. They kept their words this time and act on it. I had believe BN all my life, in the end you back stab us. Who wants to trust BN? BN only know how to eat the rakyat's money, make useless projects, hire useless contractors who don't do their job properly across Malacca, etc. Enough is enough...

DMKA said...

UMNO dah jadi UMYES-Mahathir

DMKA said...

BARISAN Nasional yang dibentuk oleh UMNO,MCA,MIC,GERAKAN,PPP,
PBB,PRS,SUPP,SPDP,PBS,UPKO,SAPP,LDP,dan PBRS hanyalah satu gimik politik untuk mengaburi mata rakyat kerana mereka cuba meniru konsep AMCJA.Mereka sebenarnya tidak berkeupayaan untuk mentadbir negeri apatah lagi negara.Oleh itu rakyat jangan mydah terpengaruh dengan tipu helah permainan politik mereka.
Pemerintah dilihat terdesak untuk menunaikan janji-janji manis mereka ketika berkempen pada pilihan raya umum lalu. Dengan ini jelas membuktikan pemerintah ketandusan idea untuk mentadbir dan memimpin rakyat dan negara.
Mereka juga seolah-olah tidak percaya dengan pakatan Perikatan yang dibentuk sebelum ini. Mereka juga tidak yakin dengan apa yang telah diputuskan masa lalu tentang Perikatan.
Kalau betul-betul mereka sepakat, bentuklah dan daftarlah sebagai satu parti yang menggabungkan ketiga-tiga parti ini. Saya cabar mereka! Kita lihat sama ada mereka boleh bekerja sama atau tidak.

Mereka sebenarnya tidak berani untuk berterus terang tentang kerjasama mereka kerana mereka sebenarnya tidak sehaluan. UMNO tetap mengatakan MCA sebagai seterunya dan MCA pula masih tidak senang dengan UMNO yang memperjuangkan Islam Hadhari dan hukum hudud. Tapi mereka mahu bekerjasama.

Bagi saya, saya tidak nampak mereka boleh sehaluan dalam jangka panjang. UMNO perlu mencari jalan supaya ahli-ahlinya bersetuju untuk menggugurkan perkataan Islam di dalam slogan "ISLAM Hadhari" dan MCA juga perlu menunggu sehingga ahli-ahlinya boleh menerima perjuangan UMNO. Apakah mereka sanggup menggadai fahaman masing-masing demi pakatan ini? Saya rasa tidak mungkin.

Jadi barisan tersebut hanyalah barisan yang tidak akan membawa makna apa-apa kepada rakyat. Janganlah mudah tertipu.