11 April 2008

Pengantin lama, pengantin baru

BEBERAPA hari lepas kerajaan Selangor dan Perak menonjolkan ‘keprihatinan’ mereka dengan mengumumkan pemberian bantuan kepada rakyatnya. Di Perak misalnya, kerajaan negeri bercadang mahu menaikkan sewa tanah bagi kampung-kampung baru di negeri itu.

Tetapi mereka lupa bahawa semua yang dilakukan itu sudah dilaksanakan oleh kerajaan BN. Di Melaka sendiri, perkara tersebut sudah lama dilaksanakan iaitu semenjak saya mengambil alih sebagai Ketua Menteri. Jika dahulu lease tanah ialah 30 atau 60 tahun, tetapi kini semuanya 99 tahun. Saya sudah mengambil tindakan lebih awal.

Begitu juga dengan langkah kerajaan Perak yang membayar RM1 untuk rumah ibadah, juga sudah dilaksanakan di Melaka iaitu selepas pilihan raya umum 2004 lalu. Apa yang mereka buat semuanya BN sudah lakukan. Cuma kerajaan baru, jadi mereka baru hendak sebut. Macam pengantin baru, kita pengantin lama buat seperti itu juga, cuma pengantin lama orang tidak peduli.

Begitu juga dengan rungutan guru agama. Saya percaya guru agama di Melaka adalah yang terbaik di Malaysia. Gaji mereka dari RM1,089 hingga RM2000. Di Pulau Pinang mereka mendapat RM500 dan kerajaan baru menambahRM50 lagi. Apa ada pada RM50 sedangkan di Melaka sudah membuat penambahan sejak 3-4 tahun lalu. Rakyat tidak tahu sebab itu tidak ditayangkan di dalam TV.

Oleh sebab Lim Guan Eng pengantin baru, maka dia bagi RM50 pun boleh keluar TV. Tetapi RM500 ditambah RM50 baru RM550. Sedangkan di Melaka, guru agama yang serupa mendapat RM1,089 hingga RM2000. Kalau kelulusan SPM tetapi tidak mendapat sijil penuh kerana gagal dalam Bahasa Malaysia, mereka masih mendapat RM750, jauh lebih baik dari guru agama yang Guan Eng naikkan RM50 ataupun di Kelantan yang diperintah Pas sejak beberapa tahun lalu, yang elaun guru agamanya hanya RM500.

Tetapi itu semua tidak keluar TV sebab saya pengantin lama tetapi pengantin baru, naik RM50 pun keluar TV. Kalau itu semua ditayangkan, mana lebih baik sama ada BN di Melaka, Pas di Kelantan atau DAP di Pulau Pinang yang baru sebulan tubuh kerajaan.

Inilah nasib pengantin lama…

(Dipetik dari: mohdalirustam.wordpress.com)

5 comments:

Aketam said...

kena faham itu pun peninggalan dari pemerintah BN juga...jgn kata dari guan eng..dulu BN yg memerintah..sedaq ke ape yg dikatakan tu...jgn otak taruh kat kepala lutut

Mohd Hafiz Safwan said...
This comment has been removed by the author.
abeemonster said...

Salam,

Para pemimpin dari parti pemerintah termasuk juga ko, memang tidak ikhlas dalam berbuat sesuatu, bagi aku sekiranya kita berbuat kebaikan, biar allah ja tau, tak yah nak uar-uarkan..


Ko sekolah agama ke tak ni?

Pas baca jgn lupa delete komen ni, dasar pengecut!

mamathekitchenlover said...

To ali rustam..kalau buta IT ngan buta hati jangan buat blog..Generasi muda sekarang adalah golongan terpelajar, kalau sesuatu perkara itu benar, barulah mereka mempercayainya.Janganlah beremosi menuduh anak muda senang termakan fitnah pembangkang.Kau memang pemimpin yang makan harta rakyat!!!

gagakhitam said...

SALAM....

INI ADALAH BLOG TIRUAN.USAH TERPEDAYA.CARILAH YANG ASLI DAN ORI..KALU NAK BAGI KOMEN PADA DATUK ALI DAN YB2 KAWASAN PERGILAH KE BARISANMELAKA.BLOGSPOT.COM.TIDAK PERLULAH KITA BERMAKI MAKIAN PADA BLOG YANG HANYA MEMPERBODOHKAN KITA...NI SEMUA ORANG YANG XDE KEJA,NYUSAHKAN HIDUP ORANG JE.KECIK2 XNAK MAMPUS.

INGAT SEGALA CADANGAN DAN PENDAPAT HARUSLAH DI SAMPAIKAN KEPADA PIHAK YANG BENAR...

SEGALA YANG ORI HANYALAH PADA BARISANMELAKA.BLOGSPOT.COM


OKEY...COWCINCAW3