01 April 2008

Kembalilah ke perjuangan asal

SAYA memandang serius berbagai hujah yang disampaikan oleh semua lapisan di dalam UMNO kebelakangan ini. Ini menunjukkan kita semua memang sayangkan UMNO dan tidak mahu melihat berlaku kacau-bilau di dalam parti.

Saya ingin menasihatkan semua ahli, daripada asyik berbincang soal menghapuskan kuota pencalonan, adalah lebih baik sekiranya kita memberi tumpuan sepenuh masa untuk bertemu dan berkhidmat untuk rakyat bagi memastikan UMNO terus relevan. Saya khuatir ketika kita sibuk berbincang soal kemelut dalaman parti, rakyat akan jemu dan kecewa dengan kita dan akhirnya kita kehilangan kuasa. Jika ini berlaku, semuanya tidak akan bermakna lagi!

Jadi saya berharap semua barisan UMNO agar kembali ke perjuangan asal bagi mendapatkan sokongan rakyat dan merapatkan barisan. Itu yang paling penting. Kita perlu sentiasa berwaspada dan jangan membuang masa dengan berbincang perkara yang tidak menguntungkan. Kita tidak mahu menang sorak tapi kampung tergadai kerana pada masa itu, semuanya sudah terlambat.

Dalam soal menghapuskan kuota ini, sekiranya itulah kehendak semua ahli di peringkat akar umbi, mereka boleh menghantar memorandum! UMNO merupakan parti berdisiplin. Jika ada pandangan kita patut mengikut saluran parti bagi mengelak timbulnya kekeliruan. Sekiranya ini kehendak majoriti ahli, kita bersedia membuat pindaan dan mencari satu rumusan paling baik untuk parti.

Dengan ini saya menyeru semua ahli agar bekerja dari sekarang dan kembali ke pangkuan rakyat, dengar dan fahami apa masalah mereka. Ingatlah kita perlu sentiasa memberi khidmat kepada rakyat. Sekiranya orang menegur kita, terimalah dengan hati yang terbuka dan jika perlu, buatlah pengubahsuaian terhadap tindakan kita. Fikirlah jalan yang paling sesuai. Kini UMNO perlu mencari pendekatan praktikal dan berkesan bagi menarik sokongan rakyat.

Harus diingat, UMNO dan Barisan Nasional perlu dipertahankan sebagai kuasa pemerintah negara ini. Kita tidak mahu kehilangan kuasa di beberapa negeri berulang lagi pada masa depan. Ambillah ini sebagai satu pengajaran paling besar dan kesusahan ini perlulah dipikul bersama.

5 comments:

daniella said...
This comment has been removed by the author.
aqrab_ikhwan said...

kesian org umno nie.sebelum pilihan raya pandai berlakon.skrg nie kuasa tuhan,dia tunjukkan kepada rakyat.parti yg 50 thn yang megah bertutur,angkuh sana sini,sekat politik org lain,nah skarang nie rasakan bagaimana sakitnye hati.sedangkan dalam masa yang sama,parti PR tak mengalami masalah dalaman yang serius pun.walaupun ada gabungan diantara PAS DAP dan PKR.walau pada asalnya berlainan tujuan,tetapi skrang dapat di satukan matlamat iaitu memberi kebajikan.konsep yang boleh di terima oleh semua pihak.pikir kan lah datok.

Lee said...

He is an ass hole with racist mentality

hayes said...

lee... i cannot agree more. before election he made some very stupid remarks. BN does not need indian, chinese, and lain lain votes. Now he is forced to eat his own words! nah! ambil engkau! telan satu-satu!

Unknown said...

he don't want other race voters because all the indon coming to malaysian who become citizen can vote for the malays what. So we are not important. That's why we have pakatan Rakyat. The ones who is greedy of money, money face, corrupts, will vote for BN but not the smart rakyat's. Now days the media is so open that we can play our part to dish out the ones we don't want. We are the power people. Without us Malaysia is nothing. I say nothing man.